Puluhan pembantah diberkas

Puluhan pembantah diberkas

KATHMANDU, 16 Ogos (AFP) – Polis Nepal hari ini memberkas puluhan penunjuk perasaan kerana cuba menjalankan mogok di seluruh negara, terbaru dalam siri-siri bantahan terhadap perlembagaan baru.

“Kami telah memberkas 51 orang kader di Kathmandu kerana cuba menyekat jalan raya, melakumusnahkan kenderaan dan menutup kedai-kedai,” jurucakap polis Bishwo Raj Pokharel memberitahu AFP.

Parti-parti yang bertelagah di Nepal telah memeterai perjanjian kejayaan awal bulan ini untuk membentuk semula sempadan dalam negara itu dalam draf perlembagaan baru.

Di bawah piagam, yang telah tertangguh bertahun-tahun kerana pertelagahan politik, Nepal akan dibina semula sebagai negara persekutuan dengan enam wilayah.

Tetapi beberapa ahli parlimen dan para penyokong mereka menyeru diadakan mogok seluruh negara, dengan mengatakan cadangan sempadan mendiskriminasikan masyarakat yang dipinggirkan dari segi sejarah.

Anggota polis Nepal memberkas penyokong pembangkang ketika mogok umum oleh 30 parti gabungan diketuai Parti Komunis Nepal-Maoist kerana menentang draf perlembagaan baru di Kathmandu pada 16 Ogos 2015. – AFP
Anggota polis Nepal memberkas penyokong pembangkang ketika mogok umum oleh 30 parti gabungan diketuai Parti Komunis Nepal-Maoist kerana menentang draf perlembagaan baru di Kathmandu pada 16 Ogos 2015. – AFP

“Pembinaan semula negara dalam draf itu adalah jauh dari aspirasi rakyat,” Pampha Bhusal, jurucakap wanita CPN-Maois, sebuah kumpulan berpisah dari parti Maois, memberitahu AFP.

“Ia tidak memastikan penglibatan politik bagi kumpulan yang dipinggirkan dalam badan-badan negara.”

Beratus-ratus orang di tengah barat dan kawasan selatan Nepal yang bermasalah pada minggu lalu mengadakan bantahan terhadap dokumen yang telah lama dinantikan yang mencetuskan keganasan dan dua orang terbunuh.