Puluhan ribu pelarian Afghan dipulangkan

Puluhan ribu pelarian Afghan dipulangkan

ISLAMABAD, 13 Nov (Agensi) – Sekurang-kurangnya 56,000 pelarian Afghan berdaftar telah pun dihantar pulang dari Pakistan setakat ini pada tahun ini dengan sokongan daripada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di bawah program kepulangan secara suka rela yang terbesar dan paling lama, kata seorang pegawai semalam.

Pegawai daripada UNHCR berkata Pakistan masih menampung hampir 1.5 juta pelarian Afghan berdaftar, jumlah pelarian terbesar di dunia.

Bagaimanapun, Kementerian Negeri dan Rantau Sempadan Pakistan berkata buat masa sekarang hampir 1.53 juta pelarian Afghan berdaftar dan kira-kira 1 juta yang tidak berdaftar menetap di Pakistan.

Penghantaran pulang warga Afghan berdaftar adalah berpandukan prinsip sukarela mengikut Perjanjian Tiga Pihak yang ditandatangani di antara Pakistan, Afghanistan dan UNHCR.

Pegawai itu berkata UNHCR telah melancarkan kepulangan hampir 4 juta pelarian Afghan berdaftar dari Pakistan sejak 2002.

Puluhan ribu pelarian Afghan dipulangkan kembali ke negara asal mereka dari Pakistan. – Reuters
Puluhan ribu pelarian Afghan dipulangkan kembali ke negara asal mereka dari Pakistan. – Reuters

Pelarian Terjejas dan Kawasan Anjuran (RAHA), satu projek oleh UNHCR, telah menamatkan lebih 300 projek di kawasan berlainan di negara dengan kos 175 juta dolar AS untuk membantu pelarian dalam sektor kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan mata pencarian.

Berjuta-juta pelarian Afghan bergegas ke negara jiran Pakistan selepas perang Kesatuan Soviet bermula pada akhir tahun 1970 dan seterusnya apabila tentera NATO pimpinan AS menyerang Afghanistan pada 2001.

Kebanyakan pelarian Afghan ditempatkan di pelbagai kawasan Pakistan, terutamanya 62 peratus di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa dan 19 peratus di barat daya wilayah Balochistan dan 11 peratus di timur wilayah Punjab.

Pada Julai tahun ini, Pakistan melancarkan kempen di seluruh negara untuk mendaftar penduduk Afghan yang tinggal di Pakistan secara haram, dengan rancangan untuk menamatkan kempen pada Januari 2016.