Puluhan ribu spesies burung, terancam

Puluhan ribu spesies burung, terancam

JAKARTA, 11 Ogos – Berpuluh-puluh ribu ekor burung terancam Indonesia sedang dijual secara haram di pasar di seluruh negara, pengawas perniagaan hidupan liar mengingatkan hari ini, melanggar undang-undang bertujuan melindungi spesies berkenaan daripada pupus.

Rangkaian pengawasan perniagaan hidupan liar TRAFFIC mencatat hampir 23,000 burung untuk dijual di lima pasar di tiga bandar utama di pulau Jawa.

Lebih daripada dua puluh spesies yang dikenal pasti dalam tinjauan dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang Indonesia, bermakna semua pemburuan dan penyeludupan spesies berkenaan adalah diharamkan.

Ia termasuk burung tiung sayap hitam, hidup di Jawa dan Bali, dan spesies luar biasa lain yang ditemui di luar gugusan kepulauan Indonesia.

Gambar fail bertarikh 21 April 2016 menunjukkan burung-burung yang mati selepas polis Indonesia menggagalkan operasi menyeludup burung di Surabaya. – AFP
Gambar fail bertarikh 21 April 2016 menunjukkan burung-burung yang mati selepas polis Indonesia menggagalkan operasi menyeludup burung di Surabaya. – AFP

Menjaga burung telah lama menjadi budaya negara Indonesia, dengan kurungan burung satu pemandangan biasa di luar rumah dan kedai, tetapi permintaan yang semakin meningkat untuk sesetengah spesies sebagai haiwan peliharaan telah membawa kepada kemerosotan mendadak dalam jumlah.

“Jika tahap perniagaan ini berterusan, dalam tempoh beberapa tahun akan datang sesetengah spesies burung akan dihapuskan dari hutan,” beritahu Serene Chng, penulis bersama laporan baru TRAFFIC mengenai perniagaan burung, kepada AFP.

Aktivis hidupan liar telah menggesa kerajaan supaya menutup beberapa pasar burung di Jakarta – emporium besar yang menawarkan beribu-ribu spesies dilindungi untuk dijual.

Namun dalam laporan terbaru ini, TRAFFIC berkata penyeludupan burung berleluasa menjangkau pasar di luar ibu negara Indonesia, dan meminta penguat kuasa undang-undang supaya menutup perniagaan itu buat selama-lamanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA