Puluhan ribu warga Fiji hilang tempat tinggal

Puluhan ribu warga Fiji hilang tempat tinggal

SYDNEY, 25 Feb (Reuters) – Berpuluh-puluh ribu warga Fiji kekal tidak berumah dan tinggal di tempat perlindungan pemindahan selepas ribut taufan melanda pada hujung minggu lepas, menurut para pegawai hari ini, ketika bantuan mula memasuki ke kawasan luar kepulauan Pasifik Selatan.

Angka kematian akibat puting beliung Winston, ribut paling teruk pernah dicatatkan di hemisfera selatan, masih pada 42 orang tetapi para pegawai di Pejabat Pengurusan Bencana Kebangsaan Fiji bimbang bilangan itu akan meningkat.

Para pegawai dari agensi bencana menganggarkan bahawa 35,000 orang berlindung di pusat pemindahan, sebilangannya yang telah rosak dan kekurangan makanan dan bekalan lain.

Agensi bantuan antarabangsa berkata bekalan sedang dihantar tetapi skala kerosakan infrastruktur, terutamanya jeti dan peralatan perhubungan menyukarkan untuk sampai ke kedudukan masyarakat terpencil yang mana bantuan paling diperlukan.

Warga Fiji yang kini kehilangan tempat tinggal berikutan ribut taufan yang memusnahkan tempat tinggal mereka. – Reuters
Warga Fiji yang kini kehilangan tempat tinggal berikutan ribut taufan yang memusnahkan tempat tinggal mereka. – Reuters

Jurucakap CARE Australia, Dylan Quinnell berkata masih tidak ada hubungan dengan sebilangan komuniti terpencil, termasuklah satu komuniti di Yasawa di pantai timur laut di pulau terbesar Fiji, Viti Levu sejak puting beliung mendarat Sabtu lalu. Yang lain dihubungi melalui radio yang digugurkan oleh pasukan tentera udara New Zealand.

Alice Clements, pekerja bantuan UNICEF, memberitahu Reuters melalui telefon dari Nadi, pusat pelancongan utama Fiji bahawa beberapa komuniti yang rosak sepenuhnya tetapi pembinaan semula telah pun bermula.

“Orang ramai keluar ketika di siang hari untuk menemukan apa yang mereka boleh dapatkan, mereka tidak duduk tanpa berbuat apa-apa di tempat perlindungan itu, mereka menyelamatkan apa yang mereka mampu boleh selamatkan dan membersihkannya,” menurut Clements.

Ahmad Sami, pemangku ketua Pasukan Palang Merah Antarabangsa di Pasifik berkata menyediakan tempat perlindungan dan air masih keutamaan segera.”