Puluhan terbunuh, serangan berani mati Afghanistan

Puluhan terbunuh, serangan berani mati Afghanistan

KABUL, 28 Feb (Reuters) – Seorang pengebom berani mati Taliban meletupkan dirinya berhampiran Kementerian Pertahanan Afghanistan di Kabul Sabtu lalu, menyebabkan banyak kerosakan dan korban jiwa, hanya selepas beberapa jam serangan di wilayah timur Kunar yang membunuh 13 orang dan meletakkan prospek rundingan damai dalam keadaan samar-samar.

Serangan di Kabul itu membunuh 15 orang dan mencederakan 33 yang lain, yang mana sebahagian besar daripada mereka adalah daripada kakitangan Kementerian Pertahanan yang meninggalkan pejabat mereka, menurut jurucakap Kementerian, Dawlat Waziri.

Saksi di tempat kejadian berkata mereka telah melihat beberapa badan di atas tanah. Kawasan itu ditutup apabila anggota polis dan kenderaan tentera mengelilingi lokasi letupan.

Taliban mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu, jurucakap pergerakan itu, Zabihullah Mujahid berkata telah membunuh 23 pegawai dan mencederakan 29 yang lain. Beliau berkata tidak ada orang awam yang terkorban.

Saudara-mara dan penduduk membawa jenazah seorang mangsa dari serangan berani mati di Asadabad, ibu negeri wilayah Kunar, Afghanistan. – Reuters
Saudara-mara dan penduduk membawa jenazah seorang mangsa dari serangan berani mati di Asadabad, ibu negeri wilayah Kunar, Afghanistan. – Reuters

Serangan yang berprofil tinggi itu muncul apabila pegawai dari Afghanistan, Pakistan, Amerika Syarikat dan China mendesak bagi mewujudkan semula proses damai, yang terganggu tahun lepas, antara kerajaan yang disokong Barat di Kabul dan Taliban.

Tetapi ia masih tidak jelas sama ada Taliban, bergelut untuk membendung perpecahan dalaman, akan mengambil bahagian dalam rundingan damai secara langsung yang mana kumpulan empat negara itu berharap ianya akan diadakan di Islamabad seawal minggu depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas serangan di Kunar, Presiden Ashraf Ghani berkata, kerajaan tidak akan menjalankan rundingan damai dengan kumpulan-kumpulan yang membunuh orang yang tidak bersalah dan berkata pasukan keselamatan akan meningkatkan usaha bagi memerangi keganasan.

ARTIKEL YANG SAMA