PUNB serah zakat perniagaan

PUNB serah zakat perniagaan

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menyerahkan zakat perniagaan syarikat bagi Haul 2014 sebanyak RM860,000 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dzulkifli Fadzilah berkata penyerahan zakat perniagaan tersebut merupakan tanggungjawab PUNB sebagai badan korporat untuk membangunkan ekonomi umat Islam.

Beliau berkata bagi Haul 2014, PUNB telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta untuk diagihkan kepada 14 buah negeri, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Buat masa ini, selain Wilayah Persekutuan, PUNB telah juga menyerahkan sebanyak RM30,000 kepada PPZ Selangor pada 25 Jun lalu.

“Bagi negeri–negeri lain, pihak PUNB sedang menyusun jadual serahan bersama PPZ negeri masing-masing selewat-lewatnya bulan Julai,” kata Dzulkifli dalam satu kenyataan, hari ini.

Sejak 2008 sehingga kini, PUNB telah menyumbang hampir RM8 juta zakat perniagaan.

“Melalui pembayaran zakat oleh syarikat dan badan korporat secara berterusan dan bersepadu merupakan sumber saluran yang efektif untuk kita membantu ummah mengubah taraf sosioekonomi mereka,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA