Punca band Moranbong batal konsert terjawab

Punca band Moranbong batal konsert terjawab

SEOUL, 18 Dis (dpa) – Kumpulan band wanita Korea Utara membatalkan konsert di Beijing selepas dikatakan tidak bersetuju berhubung rancangan penggunaan rakaman peluru berpandu dalam persembahan mereka, menurut laporan hari ini.

Presiden China Xi Jinping dan para pegawai tertinggi dijadualkan menghadiri persembahan konsert pertama kumpulan itu di luar negara oleh band Moranbong, yang dilaporkan menjadi pilihan utama pemimpin Korea Selatan Kim Jong Un.

Bagaimanapun persembahan itu dibatalkan awal bulan ini selepas pegawai-pegawai China tegas membuat keputusan tidak membenarkan penggunaan rakaman peluru berpandu Korea Utara tersebut dalam persembahan mereka, lapor akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo, dengan memetik pegawai yang enggan disebutkan namanya.

Selepas pihak berkuasa China berkata Xi tidak akan menghadiri persembahan itu jika rakaman ditayangkan, kumpulan band itu meninggalkan China tanpa membuat persembahan, kata laporan berkenaan.

Konsert yang dirancang itu bertujuan memantapkan lagi hubungan di antara Pyongyang dan sekutu rapatnya Beijing.

ARTIKEL YANG SAMA