Punca kebakaran ‘meragukan’

Punca kebakaran ‘meragukan’

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Susulan siasatan ke atas kejadian kebakaran yang meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Delima 2 berdekatan Sekolah Rendah Anggerek Desa, kelmarin, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mendapati bahawa puncanya adalah meragukan.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat, hari ini, siasatan awal yang mengatakan bahawa ia berpunca daripada elektrik adalah tidak tepat dan setelah siasatan lanjut dijalankan dan diteliti ia ‘meragukan’ serta usaha bagi mencari punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

Dalam kejadian itu, mangsa terperangkap dalam sebuah bilik dan lemas terhidu asap serta mengalami lecur.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan disahkan meninggal dunia di sana.

Jabatan Bomba dan penyelamat menerima panggilan kira-kira pukul 10.30 pagi dan telah mengerahkan tiga buah jentera bomba dari Balai Bomba Berakas bersama 14 anggota bomba yang diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Awang Noor Aflan bin Awang Kachi.

ARTIKEL YANG SAMA