Punca letupan dikenal pasti

Punca letupan dikenal pasti

TIANJIN, 20 Ogos – Bahan kimia yang disimpan di gudang Tianjin di mana dua letupan berlaku minggu lepas telah dikenal pasti, kata Timbalan Datuk Bandar Perbandaran Tianjin, He Shushan.

Dia memberitahu persidangan media di sini kelmarin bahawa gudang itu menyimpan kira-kira 40 bahan-bahan merangkumi tujuh kategori, termasuk 1,300 tan sebatian oksida, terutamanya potasium nitrat dan magnesium; dan 700 tan bahan-bahan bertoksik tinggi, terutamanya sodium sianida. Dia menambah kafein juga dijumpai di tapak tersebut.

Kebanyakan kimia telah dikesan di kawasan teras tapak letupan itu, sekitar di mana cofferdam telah dipasang untuk mengurangkan risiko pencemaran, katanya.

Kira-kira 100 kilogram kimia telah dikesan dalam lingkungan tiga kilometer radius dari kawasan teras tapak letupan, katanya.

Operasi pembersihan masih dijalankan akan tetapi perlu ditangguhkan ketika waktu malam dan ketika hujan, timbalan datuk bandar itu berkata.

Kelmarin, 150 tan sodium sianida telah dikeluarkan dari kawasan teras letupan dan dihantar kepada pengeluarnya untuk diproses, katanya. – Agensi

Pasukan penyelamat melakukan kerja-kerja pembersihan kimia di kawasan letupan. – Reuters
Pasukan penyelamat melakukan kerja-kerja pembersihan kimia di kawasan letupan. – Reuters