Punca tumpahan angkara peresapan dasar semula jadi

Punca tumpahan angkara peresapan dasar semula jadi

LOS ANGELES, 5 Ogos (Reuters) – Pengawal Pantai Amerika Syarikat sudah memastikan bahawa peresapan petroleum asli dari bawah dasar semula jadi Pasifik adalah punca kepada sebahagian besar tumpahan minyak yang kelihatan minggu lepas di perairan pantai barat Santa Barbara di California Selatan.

Tumpahan minyak tersebut, yang merebak beberapa kilometer persegi kira-kira 1,000 meter dari pantai, kali pertama dikesan Rabu lepas di Pantai Negeri Goleta, tidak jauh dari kawasan saluran paip minyak yang pecah pada Mei lepas, mencetuskan kebimbangan berlaku satu lagi tumpahan minyak di kawasan berkenaan.

Tiga syarikat tenaga yang memiliki dan mengendalikan operasi pelantar di luar pantai di rantau berkenaan semuanya menafikan bahawa kerja-kerja yang dijalankan mereka menjadi punca kepada tumpahan minyak yang masih menjadi misteri berkenaan.

Pengawal Pantai mengerahkan satu pasukan untuk mengutip sampel dari tumpahan berkenaan untuk dihantar kepada makmal kerajaan di Connetticut bagi perbandingan dengan bola tar yang sebelumnya ditemui di kawasan pantai serta bahan yang diambil daripada kapal dan pelantar menggerudi berhampiran.

Ujian yang dijalankan menyimpulkan bahawa minyak yang ditemui di dalam laut minggu lepas berasal dari peresapan semula jadi, lapor Pengawal Pantai Isnin lepas.

Agensi itu berkata tumpahan berkenaan adalah terlalu nipis untuk dihapuskan dan ia diyakini akan terus hilang sendiri secara perlahan-lahan.

ARTIKEL YANG SAMA