Punca utama doping

Punca utama doping

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (AFP) – Ketua atletik Dunia, Lamine Diack hari ini berkata kempen untuk mengagihkan semula pingat menjadi punca kepada penyebaran laporan penyalahgunaan dadah yang meluas dalam sukan.

Diack memberitahu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bahawa Persekutuan Antarabangsa Federasi Atletik (IAAF) dunia akan menjawab dakwaan saluran televisyen Jerman, ARD dan akhbar British Sunday Times.

“Di sebalik semua ini terdapat hasrat untuk mengagihkan semula pingat, perlu berhati–hati,” Diack, yang akan meletak jawatan sebagai presiden IAAF bulan ini, memberitahu ahli IOC.

ARD dan Sunday Times memperoleh pangkalan data 12,000 ujian ke atas 5,000 atlet. Pakar yang mengkaji bahan berkata satu pertiga daripada pingat atletik dalam acara ketahanan pada kejohanan dunia dan Olimpik di antara 2001 dan 2012 diberikan ujian yang meragukan.

“Kami telah melihat laporan dari televisyen Jerman dan dalam akhbar British dan kami mengambil maklum,” Diack, 82, yang tidak lagi menjadi sebahagian daripada IOC tetapi diberikan keizinan khas sebagai ahli kehormat untuk bercakap kerana seriusnya krisis doping.

“Pejabat kami sedang bertugas dan akan menjawab kesemua persoalan,” tambahnya. IAAF menjanjikan kenyataan terhadap dakwaan itu. ‘Pakar terkemuka membuat kesimpulan dari 2001 sehingga 2012 ratusan pingat telah diberikan secara salah. Kami tidak akan mengulas.”

Diack berkata dia ‘bertenang’ untuk membenarkan biro IAAF mengkaji dakwaan itu. “Saya percaya IAAF selalu menunjukkan bahawa ia sedar tidak akan membenarkan persembahan atlet diragui. Di sebalik semua ini adalah hasrat untuk mengagihkan semula pingat perlu berhati–hati.”

ARTIKEL YANG SAMA