Pungutan pingat Brazil menjadi tanda tanya

Pungutan pingat Brazil menjadi tanda tanya

RIO De JANEIRO, 15 Ogos – Brazil membelanjakan lebih AS$10 bilion untuk persediaan Sukan Olimpik dan dengan temasya di Rio memasuki minggu terakhir, ramai rakyat negara itu yang bertanya di mana pingat yang dipungut.

Pegawai sukan negara cuba untuk mengekalkan harapan walaupun Brazil kini hanya meraih satu pingat emas, dua perak dan tiga gangsa.

Dalam menganjurkan Sukan Olimpik, pegawai Brazil daripada Menteri Sukan yakin negara itu dapat memburu kedudukan 10 teratas dalam senarai pungutan pingat keseluruhan.

Pengarah sukan Jawatankuasa Olimpik Brazil, Marcus Vinicius Freire, menggesa semua pihak agar bersabar.

“Semua orang berkata bahawa ini menjadi yang terbaik (olahraga) persediaan mencipta sejarah,” kata Freire kepada pemberita.

pg24_160816_olympic logo

Sukan bola keranjang yang menampakkan prestasi yang baik daripada pasukan Brazil. – AP
Sukan bola keranjang yang menampakkan prestasi yang baik daripada pasukan Brazil. – AP

“Kami merancang meneruskan matlamat tetapi untuk berada dalam 10 teratas. Kami tidak akan membuat analisis awal.

“Kami akan menunggu sehingga 21 (Ogos, penutupan temasya) dan melihat bagaimana ia berakhir, dari satu acara ke acara yang lain,” katanya.

“Kami masih kekal dengan matlamat untuk berada dalam kelompok 10 teratas.”

Segelintir peminat sukan Brazil pula melahirkan perasaan kurang yakin dengan matlamat itu.

“Ia tidak mungkin untuk berada dalam kelompok 10 teratas dengan keadaan ini. Kita terhenti untuk memenangi pingat dalam acara individu,” kata Roberto Moreira, 64.

Persoalan lain yang timbul adalah mengapa Brazil cuba untuk mencapai kelompok 10 teratas keseluruhan, memandangkan masalah semasa yang dialami gergasi Amerika Latin itu.

“Meraih kedudukan 10 teratas adalah objektif tidak masuk akal dalam sebuah negara yang sudah hancur, dengan ekonomi dalam kemelesetan, sistem pendidikan yang amat teruk dan struktur sosial yang musnah,” kata Luis Carlos Domingues Cardoso, seorang pesara berusia 72 tahun.

“Pada penghujung Sukan Olimpik, Brazil hanya akan kecewa lagi apabila kita bandingkan apa yang kita dapat dengan apa yang kita mahu capai.” – AFP