Pupuk amalan zikir

Pupuk amalan zikir

TEMBURONG, 28 Jan – Majlis Halaqah Zikir bagi Pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong, telah diadakan di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar di sini hari ini, dengan tujuan menjadikan zikir sebagai amalan harian setiap pegawai dan kakitangan kerajaan.

Antara yang hadir ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong, Haji Adam bin Haji Tengah, para pegawai dan kakitangan, pegawai-pegawai hal ehwal masjid serta para jemaah dari pelbagai cawangan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Sunnat Hajat berjemaah sebelum diikuti dengan bacaan Ratib Al-Attas dan doa beramai-ramai, kemudian disudahi dengan bacaan Doa Khas Halaqah Zikir

Program ini juga bertujuan mengembangkan Syiar Islam dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong bersama jemaah masjid lainnya.- Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

ARTIKEL YANG SAMA