Pupuk budaya masyarakat sihat

Pupuk budaya masyarakat sihat

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Kira-kira 800 orang peserta telah menyertai Larian Amal Run 4 Them yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, dengan tujuan untuk menyokong Persatuan Orang-orang Cacat Berkerusi Roda dan Cacat Anggota (PAPDA).

Hadir menyempurnakan pelepasan larian ialah Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Dr. Chin Wei Keh, yang turut menyertai larian itu.

Larian amal anjuran Penuntut Diploma Tahun Akhir IBTE Kampus Sekolah Perdagangan itu bermula di Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada pukul 6:30 pagi dan disertai oleh orang ramai dari pada pelbagai peringkat umur.

Menurut ahli jawatankuasa larian amal berkenaan, larian dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu Kategori 5km, 3km dan 2km, yang mana sebahagian daripada yuran pendaftaran larian akan disumbangkan kepada PAPDA.

Larian amal ini juga diadakan bagi menggalakkan pembangunan sikap yang positif dalam kalangan belia yang aktif dan ahli keluarga serta mengamalkan cara hidup masyarakat sihat di negara ini.

Dr. Chin ketika merasmikan pelepasan Larian Amal Run 4 Them.
Dr. Chin ketika merasmikan pelepasan Larian Amal Run 4 Them.
Lebih kurang 800 orang peserta menyertai larian amal anjuran IBTE Sekolah Perdagangan itu.
Lebih kurang 800 orang peserta menyertai larian amal anjuran IBTE Sekolah Perdagangan itu.
Antara yang menyertai larian tersebut.
Antara yang menyertai larian tersebut.