Pupuk budaya membaca

Pupuk budaya membaca

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Eksekutif Khidmat Masyarakat (ECS) di bawah Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengadakan ‘ECS Fill The Shelf and Book Fair’ bertempat di Central Lecture Theatre (CLT) dan kawasan Taman RAKIS, UBD di mana ia akan berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 25 Ogos 2016.

Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan acara tersebut ialah Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dr Hajah Salwa binti DSS Haji Mahalle.

Selepas perasmian, tetamu kehormat seterusnya meninjau beberapa pameran dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh ECS dan Kelab Sukarelawan UBD bersama vendor-vendor tempatan yang menyertai jualan bersempena pesta buku tersebut.

Dalam acara yang dibukakan dari jam 8 pagi hingga 4:30 petang ini, ECS menyediakan rak buku untuk mahasiswa-mahasiswi dan pensyarah-pensyarah yang berkeinginan untuk mendermakan buku mereka, dan pada masa yang sama, pesta buku juga dijalankan.

Antara buku-buku yang dijual dalam pesta buku tersebut.
Antara buku-buku yang dijual dalam pesta buku tersebut.
Ahli-ahli ECS yang mengendalikan pesta buku itu.
Ahli-ahli ECS yang mengendalikan pesta buku itu.

Di samping pesta buku, beberapa jualan mini juga diadakan bagi memeriahkan lagi suasana dan mempromosikan barangan mereka.

Tujuan acara ini diadakan adalah untuk menggalakkan mahasiswa-mahasiswi untuk berkongsi pengetahuan melalui bacaan dan buku-buku yang didermakan serta dapat memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar-pelajar dalam era digital ini, yang mana masyarakat pada masa kini lebih suka membaca melalui teknologi masa kini.

ARTIKEL YANG SAMA