Pupuk cara hidup sihat

Pupuk cara hidup sihat

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Seramai 150 orang peserta hari ini telah menyertai Acara Jogathon bersempena dengan Pesta Jualan, Pesta Pancing dan Sukan Hari Keluarga bagi Kampung Belimbing anjuran Majlis Perundingan Kampung Belimbing yang telah membuka tirainya pada 25 Disember yang lalu.

Hadir menyempurnakan acara pelepasan bagi acara tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampung Belimbing, Yang Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji Mohd Daud bin Karim.

Acara Jogathon tersebut mempertandingkan 10 kategori dengan jarak 3km bagi peserta berpasukan lelaki dan perempuan, peserta perseorangan dewasa lelaki dan perempuan serta remaja lelaki dan perempuan.

pg04_151228_a

Para peserta lelaki dari pelbagai peringkat umur yang menyertai acara Jogathon tersebut.
Para peserta lelaki dari pelbagai peringkat umur yang menyertai acara Jogathon tersebut.
Antara peserta wanita yang menyertai acara Jogathon tersebut.
Antara peserta wanita yang menyertai acara Jogathon tersebut.

Manakala jarak 2km pula bagi peserta perseorangan warga emas lelaki dan perempuan serta kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Acara bertujuan memupuk kegiatan riadah bagi para keluarga, di samping menggalakkan cara hidup yang sihat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA