Pupuk hidup sihat sambil beramal

Pupuk hidup sihat sambil beramal

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 18 Jun – Lebih 320 pelajar Tahun 5 hingga Tahun 11 bersama kakitangan Sekolah St James, Kuala Belait, telah menyertai Larian Amal Jogathon mengelilingi kawasan sekolah, kawasan pejalan kaki Jalan Panglima serta kawasan Taman Pantai Jubli Kuala Belait, baru-baru ini.

Turut menyertai larian ialah Pengetua sekolah berkenaan, Haji Mohd Masa Masdi bin Mohd Sa’idun.

Beliau menjelaskan tujuan utama aktiviti sebegitu adalah untuk mengeratkan silaturahim dan menerapkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah, khususnya para pelajar tentang tanggungjawab masyarakat dengan memberi perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan.

Hasil kutipan daripada larian amal tersebut, sebanyak 20 peratus akan didermakan ke Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam Cawangan Daerah Belait, manakala selebihnya akan digunakan untuk pengurusan sekolah berkenaan.

Haji Mohd Masa Masdi ketika menyampaikan ucapan di acara Larian Amal Jogathon.
Haji Mohd Masa Masdi ketika menyampaikan ucapan di acara Larian Amal Jogathon.
Para pelajar, kakitangan sekolah serta guru-guru bergambar ramai selepas acara larian amal itu.
Para pelajar, kakitangan sekolah serta guru-guru bergambar ramai selepas acara larian amal itu.

ARTIKEL YANG SAMA