Pupuk ilmu pembacaan jawi

Pupuk ilmu pembacaan jawi

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 13 Mac – Dalam usaha memelihara warisan Melayu terutama dalam penulisan dan pembacaan Jawi, masjid-masjid di Daerah Tutong bagi Zon II telah mengadakan Peraduan Membaca Jawi bagi Kanak-kanak Masjid di Daerah Tutong bagi murid-murid Muqaddam dan Al-Quran, bertempat di Masjid Kampung Bukit Panggal, di sini.

Seramai 31 orang kanak-kanak menyertai peraduan tersebut yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori A bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 7 hingga 9 tahun dan Kategori B bagi kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta ialah Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya.

Bagi kategori A, johan kategori lelaki dimenangi oleh Awang Arif Syahmi bin Jufri dan bagi kategori perempuan dimenangi oleh Dayang Nur Aziah Hakimah binti Haji Mohd Aidil Sufian.

Haji Haizul Rizal menyerahkan hadiah kepada pemenang Kategori A Perempuan, Dayang Nur Aziah Hakimah.
Haji Haizul Rizal menyerahkan hadiah kepada pemenang Kategori A Perempuan, Dayang Nur Aziah Hakimah.

Sementara bagi kategori B pula, johan kategori lelaki dimenangi oleh Awang Muhd Adi Afham Ramlan dan Dayang Nurhayati binti Haji Kamaluddin memenangi kategori perempuan.

Adapun objektif mengadakan peraduan ini ialah untuk memupuk semangat suka membaca Jawi dalam kalangan kanak-kanak, membiasakan dengan perpustakaan masjid, melatih supaya berani berhadapan di khalayak ramai, membentuk akhlak yang sihat dan mulia di samping dapat mengimarahkan dan menghidupkan suasana masjid dengan kegiatan-kegiatan takmir.

ARTIKEL YANG SAMA