Pupuk kecintaan terhadap Rasulullah

Pupuk kecintaan terhadap Rasulullah

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Tahun 1437H/2016M yang berlangsung di Surau KHEDN.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di KHEDN, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan, pegawai serta kakitangan KHEDN.

Antara tujuan sambutan adalah untuk meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W sebagai Nabi pemimpin ummah dan juga bagi mengeratkan silaturahim sesama warga kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar dan Haji Mohd ‘Abdoh ketika mendengar ceramah berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar dan Haji Mohd ‘Abdoh ketika mendengar ceramah berkenaan.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.
Awang Mohd Khairul Nazif ketika memberikan ceramah yang bertajuk ‘Maulidur Rasul’.
Awang Mohd Khairul Nazif ketika memberikan ceramah yang bertajuk ‘Maulidur Rasul’.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah, sebelum diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Mohd Khairul Nazif bin Haji Damit dengan tajuk ceramah ‘Maulidur Rasul’.

Majlis kemudian disudahi dengan bacaan Doa Selamat oleh Awang Mohd Khairul Nazif.

Sambutan seumpama ini merupakan acara tahunan KHEDN dan pada tahun ini dikelolakan oleh Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan, KHEDN.

Dengan adanya majlis seperti ini, ia diharap dapat memupuk dan mengukuhkan lagi rasa kecintaan dalam kalangan warga KHEDN kepada Rasulullah S.A.W dalam perjuangan Baginda menegakkan syiar Islam yang diredai oleh Allah S.W.T.

ARTIKEL YANG SAMA