Pupuk kemahiran kanak-kanak dalam bidang seni

Pupuk kemahiran kanak-kanak dalam bidang seni

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Seramai 53 orang kanak-kanak daripada Global Art Brunei hari ini telah menyertai Pertandingan Seni Negara anjuran Global Art & Creative Sdn Bhd yang telah berlangsung di Kompleks Membeli-belah Mabohai, petang tadi.

Pertandingan mewarna dengan tema ‘Dunia Sarkas’ ini menyediakan tiga kategori untuk para peserta di mana Kategori A adalah untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun, Kategori B untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun dan Kategori C pula untuk mereka yang berumur dari 10 hingga 12 tahun.

Pertandingan ini diadakan untuk memupuk kemahiran kanak-kanak yang berminat dalam bidang seni pada peringkat awal lagi di samping mempromosikan tema ‘Dunia Sarkas’ kepada kanak-kanak.

Antara kanak-kanak yang menyertai pertandingan seni petang tadi.
Antara kanak-kanak yang menyertai pertandingan seni petang tadi.

Selain itu, ia turut diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para peserta, ahli dan kakitangan Global Art Brunei.

Pertandingan petang tadi itu disokong oleh Kompleks Membeli-belah Mabohai dan juga Dandelion Design & Printing.

ARTIKEL YANG SAMA