Pupuk kerja berpasukan keluarga

Pupuk kerja berpasukan keluarga

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Bagi memupuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan kakitangan sekolah, pelajar dan keluarga, Sekolah Menengah (SM) Berakas telah mengadakan sambutan Hari Keluarga 2016 yang berlangsung di sekolah berkenaan, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya merasmikan acara ialah Ketua Kampung Delima Satu Pengiran Siraja Muda, juga selaku Pemangku Ketua Kampung Serusop, Pengiran Roslan bin Pengiran Haji Tuah.

Beliau dalam ucapannya menyatakan, sambutan Hari Keluarga ini akan dapat menyemai tali silaturahim di antara ahli-ahli keluarga yang hadir.

Manakala itu, Pengetua SM Berakas, Awang Abdullah bin Awang Ismail semasa menyampaikan ucapan alu-aluan menjelaskan bahawa acara tersebut dapat menggalakkan dan menyemai kerja berpasukan dalam kalangan keluarga sekolah dan seterusnya mengeratkan jalinan silaturahim.

Pengiran Roslan semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta gerai jualan.
Pengiran Roslan semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta gerai jualan.

Sambutan itu diisikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran projek-projek para pelajar, pertandingan tarik kalat, permainan mini dan banyak lagi. Sebanyak 26 gerai jualan ditampilkan dalam acara itu yang mempamerkan pelbagai produk jualan menarik di samping menjual makanan dan minuman.

Tetamu kehormat majlis turut melawat ke gerai-gerai jualan dan menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta gerai jualan.

 

ARTIKEL YANG SAMA