Pupuk kesedaran hindari jenayah

Pupuk kesedaran hindari jenayah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 26 Sept – Sebagai usaha mengurangkan berlakunya jenayah dalam kalangan murid-murid sekolah, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Daerah Polis Tutong, baru-baru ini, telah mengadakan taklimat Kesedaran Jenayah di Sekolah Rendah Keriam, Tutong 1.

Seramai 118 orang murid Tahun 4 hingga 6 mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh W/Cpl.4899 Norziah binti Abdullah Kuncil dan Cpl.5250 Mohd Fadillah bin Jaini dari Daerah Polis Tutong.

Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Rendah Keriam, Dayang Rasiah binti Haji Tudin. Hadir sama bagi mewakili pegawai-pegawai Daerah Polis Tutong ialah Insp Adzimin bin HajiIbrahim dan S/Sgt.2480 Mohd Azri bin Abdullah.

Semasa sesi taklimat dan sesi soal jawab Kesedaran Jenayah diadakan di Sekolah Rendah Keriam, Tutong 1.
Semasa sesi taklimat dan sesi soal jawab Kesedaran Jenayah diadakan di Sekolah Rendah Keriam, Tutong 1.

Taklimat Kesedaran Jenayah ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid agar mereka tidak terlibat dalam kegiatan jenayah pada masa akan datang.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menerangkan atau memberi pengetahuankepada murid-murid tentang perbuatan jenayah dan tentang hukuman yang berlakukepada penjenayah.

Taklimat yang merupakan kali pertama diadakan di sekolah-sekolah rendah di Daerah Tutong pada tahun ini itu turut dimeriahkan lagi dengan soalan-soalan kuiz bagi murid murid tentang kefahaman mereka terhadap perbuatan jenayah.

ARTIKEL YANG SAMA