Pupuk keyakinan menjelang peperiksaan

Pupuk keyakinan menjelang peperiksaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Bagi memberikan motivasi kepada pelajar dalam menjalani peperiksaan awam yang akan datang, Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SM RIPAS) telah menjemput empat pelajar cemerlang dalam BC GCE O Level 2014 untuk mengongsikan jalan kejayaan mereka.

Empat pelajar cemerlang yang dijemput itu ialah Awang Muhammad Afif Raziq bin Muhammad Sofian, Dayang Nurizyan Hazirah binti Mohd Taib @ Abdul Aziz, Awang Mohammad Azizi bin Saiful Rizal dan Dayang Mar Rohadatul ‘Aisy binti Umar yang kini keempat-empatnya sedang menuntut di Pusat Tingkatan Enam.

Awang Muhammad Afif Raziq berkongsi bahawa adalah penting untuk membuat nota sendiri dan melakukan ringkasan untuk semakan mudah serta pembahagian masa dengan bijak dan membuat jadual pengajian di mana sikap berlengah-lengah tidak digalakkan.

Manakala Dayang Nurizyan Hazirah menyatakan perlunya pembahagian masa dengan bijak seperti di awal pagi kita bersekolah, waktu petang diisikan dengan bermain dan menonton TV, jam 3 hingga 5 petang diisikan dengan membuat kerja rumah dan semakan yang diteruskan sehingga malam.

Sementara itu, Awang Mohammad Azizi mengongsikan petunjuk (tips) ketika waktu peperiksaan dengan menunjukkan cara-cara untuk bertenang, mengambil nafas panjang dan sentiasa positif di sepanjang peperiksaan dan menjawab semua soalan.

Dayang Mar Rohadatul ‘Aisy pula membezakan tiga jenis pelajar iaitu: Pelajar Visual: Melihat, Pelajar Kinestetik: Memegang, Pelajar Auditory: Mendengar. Garis panduan pembelajaran telah tersedia bagi jenis-jenis pelajar yang berlainan.

(dari kiri ke kanan) Awang Mohammad Azizi, Awang Muhammad Afif Raziq, Dayang Mar Rohadatul ‘Aisy dan Dayang Nurizyan Hazirah.
(dari kiri ke kanan) Awang Mohammad Azizi, Awang Muhammad Afif Raziq, Dayang Mar Rohadatul ‘Aisy dan Dayang Nurizyan Hazirah.

ARTIKEL YANG SAMA