Pupuk perasaan mahabbah kalangan Muslimah

Pupuk perasaan mahabbah kalangan Muslimah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 8 Nov – Rombongan lebih 30 orang ahli Muslimah Masjid RPN Kampung Lambak Kanan Berakas, telah membuat lawatan mahabbah kepada Muslimah Masjid RPN Kampung Pandan di sini, hari ini.

Mengetuai rombongan berkenaan ialah Hajah Rafiah binti Haji Abdullah dan disertai sama Guru Pembimbing Muslimah Masjid RPN Lambak Kanan, Hajah Junaidah binti Haji Abidin.

Rombongan telah dialu-alukan oleh Guru Pembimbing Muslimah Masjid RPN Kampung Pandan, Hajah Hamsiah binti Haji Mohd Hussain, bersama ahli-ahli Muslimah masjid tersebut, serta Pegawai Hal Ehwal Masjid tersebut, Awang Akup bin Haji Lamat yang turut hadir pada acara berkenaan.

Hajah Junaidah dalam ucapan balasnya pada majlis tersebut menyatakan, kumpulan Muslimah masjid tersebut ditubuhkan pada tahun 2009 dan setakat ini mempunyai kira-kira 50 orang ahli dan telah ditubuhkan pada tahun 2009.

Hajah Junaidah ketika menyampaikan ucapan semasa mengadakan lawatan ke Masjid RPN Kampung Pandan, kelmarin.
Hajah Junaidah ketika menyampaikan ucapan semasa mengadakan lawatan ke Masjid RPN Kampung Pandan, kelmarin.
Kedua-dua wakil rombongan ketika bertukar-tukar cenderahati.
Kedua-dua wakil rombongan ketika bertukar-tukar cenderahati.
Rombongan Muslimah Masjid RPN Kampung Lambak Kanan dan Muslimah Masjid RPN Kampung Pandan ketika berkesempatan bergambar ramai.
Rombongan Muslimah Masjid RPN Kampung Lambak Kanan dan Muslimah Masjid RPN Kampung Pandan ketika berkesempatan bergambar ramai.

Menurutnya, lawatan tersebut merupakan yang julung kali diadakan sejak beliau menjadi guru pembimbing Muslimah masjid itu, dengan tujuan untuk mengeratkan ikatan silaturahim dan memupuk rasa mahabbah antara mereka.

Katanya, bagi terus memupuk perasaan mahabbah antara Muslimah, mereka juga giat melaksanakan aktiviti mengeratkan silaturahim seperti mengadakan majlis makan tengah hari bersama, lawatan ke masjid-masjid dalam kawasan zon, majlis-majlis Khatam Al-Quran dan sebagainya, yang diadakan sebagai inisiatif mereka sendiri atau di bawah kendalian Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Semasa lawatan, hari ini, rombongan juga telah mengadakan persembahan Tausyeh dan diteruskan kemudiannya dengan taklimat mengenai Masjid RPN Kampung Pandan yang disampaikan oleh Awang Akub.

Acara kemudian disusuli penyampaian cenderahati di antara kedua-dua rombongan yang disampaikan oleh ketua rombongan sebelum diakhiri dengan sesi bergambar ramai untuk dijadikan kenangan abadi kedua-dua kumpulan Muslimah itu.

ARTIKEL YANG SAMA