Pupuk rasa cinta pada Nabi

Pupuk rasa cinta pada Nabi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Dalam usaha untuk memperingati peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W dan memupuk rasa cinta kepada Nabi, Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB), kelmarin, mengadakan Sambutan Israk Mikraj 1437H di dewan sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Sekolah YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd Hasbi.

Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Ugama YSHHB, Awang Azmerul bin Haji Haris, Pemangku Pengetua Sekolah YSHHB, Awang Alimas bin Haji Mohd Ali dan Pemangku Pengetua TASKA YSHHB, Hajah Zainab binti Haji Abdul Wahab.

Awang Noorhaizamdin (tengah) hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu.
Awang Noorhaizamdin (tengah) hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu.

Majlis juga diserikan dengan ceramah pendek yang telah disampaikan oleh Dayang Noryashimah binti Haji Mohd Yassin.

Dalam ceramahnya, beliau antara lain menyentuh mengenai dengan pengertian Israk dan Mikraj dan tentang kejadian-kejadian yang berlaku semasa Israk Mikraj Rasulullah S.A.W.

Sambutan itu kemudian diikuti dengan sesi praktikal cara-cara mendirikan solat bagi kanak-kanak Taman Asuhan 1, 2 dan 3.

ARTIKEL YANG SAMA