Pupuk semangat cintakan negara

Pupuk semangat cintakan negara

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, hari ini telah meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan dengan kali ini diadakan di Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja (SMPDSM), Mentiri.

Lebih 200 orang pelajar SMPDSM hadir mendengarkan taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat dalam menghayati bendera negara dan lagu kebangsaan yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Hajah Zabaidah binti Haji Salat.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan lagu patriotik ‘Bendera Negara’.

Selepas taklimat, para pelajar turut menyaksikan tayangan video klip mengenai bendera negara terbitan Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Jabatan Penerangan dan mengikuti sesi kuiz kenegaraan yang dikendalikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Pengiran Emran bin Pengiran Haji Salleh.

Para guru dan pelajar yang hadir pada sesi taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat dalam menghayati bendera negara dan lagu kebangsaan.
Para guru dan pelajar yang hadir pada sesi taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat dalam menghayati bendera negara dan lagu kebangsaan.
Pengetua SMPDSM, Dayangku Hajah Norhasima (kiri) menerima cenderamata daripada Pengiran Emran.
Pengetua SMPDSM, Dayangku Hajah Norhasima (kiri) menerima cenderamata daripada Pengiran Emran.

Program ini antara lain berobjektif untuk mengoptimumkan penghayatan dan pemahaman khususnya dalam kalangan para penuntut terhadap lagu kebangsaan dan bendera negara ke arah kesedaran hidup berbangsa, bernegara, beragama yang berdasarkan falsafah negara Melayu Islam Beraja.

Selain itu, ia juga diadakan bagi menyemai perasaan cintakan bangsa, agama, raja dan negara, di samping mengukuhkan semangat perpaduan, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri para pelajar melalui penjelasan bendera negara dan lagu kebangsaan serta memantapkan usaha-usaha yang telah sedia ada dalam menggalakkan para pelajar untuk menghormati serta menjiwai bendera negara dan lagu kebangsaan.

ARTIKEL YANG SAMA