Pupuk semangat kesukanan antara polis

Pupuk semangat kesukanan antara polis

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Seramai 30 pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei akan menyertai Kejohanan Interforces Games 2016 kali ke-11 akan diadakan di Singapura bermula 4 hingga 7 April ini.

Sehubungan itu, hari ini diadakan Majlis Penyerahan Bendera Pasukan Polis Diraja Brunei dan kelengkapan Sukan Kontinjen Majlis Sukan Polis Diraja Brunei yang berlangsung di Dewan Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyerahan bendera dan kelengkapan bagi kejohanan tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor.

Dato Paduka Seri Haji Bahrin ketika menyampaikan bendera kepada Ketua Kontinjen Polis Diraja Brunei.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin ketika menyampaikan bendera kepada Ketua Kontinjen Polis Diraja Brunei.

Kejohanan yang melibatkan Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Republik Singapura itu merupakan kejohanan sukan tahunan yang bertujuan bagi memupuk semangat kesukanan, di samping dapat mengukuhkan tali persahabatan di antara kedua-dua pasukan.

Kontinjen yang akan bertolak ke Singapura pada 4 April ini akan bertanding dalam empat acara sukan iaitu bulu tangkis, bola jaring, bola sepak dan golf.