Pupuk sikap amal baik

Pupuk sikap amal baik

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA) Negara Brunei Darussalam, hari ini, menerima sumbangan dana berjumlah $1,275 daripada Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan (PERKIRA) yang diadakan di Pusat KACA, Kiulap, di sini.

Sumbangan tersebut disempurnakan oleh Yang Di-Pertua PERKIRA, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Dani bin Haji Ibrahim kepada Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman.

Yang Dimuliakan Pehin Haji Dani semasa menyampaikan ucapan pada majlis itu menjelaskan bahawa sumbangan dana ini merupakan hasil daripada jualan buku masakan PERKIRA yang mana sebahagian daripada jumlah tersebut disumbangkan untuk Persatuan KACA.

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Dani semasa menyerahkan sumbangan kepada Haji Awang Abdul Alim.
Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Haji Dani semasa menyerahkan sumbangan kepada Haji Awang Abdul Alim.

Sementara itu, Yang Dimuliakan Pehin juga menyatakan bahawa PERKIRA pada masa akan datang akan mengadakan acara walkaton yang mana hasil daripada acara itu nanti, sebahagiannya juga akan disumbangkan kepada Persatuan KACA.

Sumbangan dana tersebut bertujuan untuk menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak istimewa yang memerlukan di samping memupuk sikap amal yang baik.

Dalam pada itu, Haji Awang Abdul Alim dalam ucapannya juga turut melahirkan perasaan gembira dan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.

ARTIKEL YANG SAMA