Pupuk sikap menabung

Pupuk sikap menabung

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 18 Mei – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Tabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini mengadakan Jerayawara Hari Menabung Kebangsaan 2016 di Sekolah Rendah Keriam, Tutong.

Menurut Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Rasiah binti Haji Mohd Tuddin, jerayawara tersebut memang mendatangkan faedah kepada kanak-kanak kerana sikap menabung mesti dipupuk sejak kecil lagi supaya mereka dapat menghargai pentingnya nilai mata wang yang bukan sahaja digunakan pada masa ini, bahkan mata wang ini digunakan pada masa akan hadapan mereka itu sendiri.

Katanya, jika sikap ini dipupuk dari awal lagi, mereka akan dapat mengamalkan sikap berjimat cermat semasa mereka meningkat ke alam dewasa dan seterusnya ke alam pekerjaan.

Beliau berkata, aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa jerayawara tersebut memang menarik minat kanak-kanak dan sekaligus dapat membuka minda mereka tentang pentingnya menilai mata wang dan seterusnya dapat menanamkan sikap berjimat cermat di masa akan datang.

Kira-kira 100 orang murid dari 10 buah sekolah rendah kerajaan dan swasta di Daerah Tutong hadir ke jerayawara tersebut dan mengikuti permainan dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh AMBD, TAP dan Standard Chartered Bank.

Pelajar mempelajari makna menabung pada Jerayawara Hari Menabung Kebangsaan 2016 di Dewan Serbaguna, Sekolah Rendah Keriam, Tutong 1.
Pelajar mempelajari makna menabung pada Jerayawara Hari Menabung Kebangsaan 2016 di Dewan Serbaguna, Sekolah Rendah Keriam, Tutong 1.
Pelajar mempelajari makna menabung pada Jerayawara Hari Menabung Kebangsaan 2016 di Dewan Serbaguna, Sekolah Rendah Keriam, Tutong 1.
Pelajar mempelajari makna menabung pada Jerayawara Hari Menabung Kebangsaan 2016 di Dewan Serbaguna, Sekolah Rendah Keriam, Tutong 1.

Dengan tema ‘Generasi Cilik Kewangan,’ permainan-permainan interaktif dengan berkonsepkan pengurusan kewangan itu menyediakan aktiviti-aktiviti seperti menyediakan bajet perbelanjaan akan dapat meningkatkan kefahaman murid-murid mengenai konsep-konsep kewangan yang ada.

Beliau berharap jerayawara tersebut akan diteruskan lagi di masa akan datang dan akan dapat menjemput setiap sekolah termasuk sekolah-sekolah pedalaman di Daerah Tutong.

Selain daripada Jerayawara Hari Menabung Kebangsaan 2016 di sekolah-sekolah rendah, AMBD juga akan mengadakan Financial Fun Fair yang akan dibukakan kepada orang ramai pada Hari Ahad ini, 22 Mei 2016 bertempat di Jerudong Park Colonnade bermula jam 3 petang hingga 9 malam. Fun Fair itu akan menampilkan beberapa program keluarga dan aktiviti interaktif yang bertemakan ‘Pengurusan Kewangan secara Berhemat’.

ARTIKEL YANG SAMA