Pupuk sikap rajin membaca Al-Quran

Pupuk sikap rajin membaca Al-Quran

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Baru-baru ini Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) telahpun mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi penuntut-penuntut tahun 11 yang berlangsung di Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya memimpin bacaan Surah Al-Fatihah ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SM SMJA, Haji Haji bin Haji Othman.

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan bacaan surah-surah oleh para peserta khatam, bacaan Takhtim dan juga Doa Khatam. Majlis itu juga turut diserikan lagi dengan laungan dikir dan penyampaian sijil serta pemberian bunga telur kepada para peserta khatam.

Majlis seumpamanya bertujuan untuk meraikan para peserta khatam yang telah berjaya menamatkan 30 Juzuk pembacaan Al-Quran bagi kelas tersebut di samping memupuk sikap rajin membaca Al-Quran di dalam kehidupan mereka seharian.

Para peserta khatam SM SMJA.
Para peserta khatam SM SMJA.

ARTIKEL YANG SAMA