Pupuk tabiat kunjungi perpustakaan

Pupuk tabiat kunjungi perpustakaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Dalam mempersiapkan diri para pelajar supaya lebih bersedia sebelum menjalani Peperiksaan BGCE ‘O’ Level tahun ini, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan telah mengadakan ceramah motivasi yang dihadiri oleh 108 penuntut dari maktab-maktab dan sekolah-sekolah menengah, Kluster 1 yang diadakan di Balai Pameran, Perpustakaan berkenaan, kelmarin.

Hadir bagi menyampaikan ceramah berkenaan ialah penceramah dari Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Pengiran Hamiosmera bin Pengiran Haji Othman.

Menurut kenyataan yang diterima di sini, antara lain tujuan ia diadakan ialah bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai pentingnya budaya membaca bagi melahirkan masyarakat berpengetahuan dalam mendukung program pembangunan negara.

Antara para pelajar yang bakal menjalani peperiksaan BGCE ‘O’ Level mendengar ceramah motivasi di Perpustakaan berkenaan.
Antara para pelajar yang bakal menjalani peperiksaan BGCE ‘O’ Level mendengar ceramah motivasi di Perpustakaan berkenaan.

Di samping itu, selain sebagai salah satu aktiviti perpustakaan berkenaan, ia juga diadakan untuk meningkatkan motivasi para pelajar dalam pembelajaran, mempromosikan koleksi bahan sekolah yang terdapat di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka serta menggalakkan para pelajar untuk mengunjungi dan menggunakan perpustakaan bagi mengulang kaji pelajaran.

ARTIKEL YANG SAMA