Pupuk tali persaudaraan

Pupuk tali persaudaraan

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 7 Ogos – Bagi mengeratkan hubungan silaturahim penduduk kampung, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Keriam dan Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) baru-baru ini mengadakan Majlis Malam Ramah Mesra di Dewan Sekolah Rendah Keriam, Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Haji Idris bin Haji Ali.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putera Dato Paduka Haji Mohd Taha bin Abdul Rauf selaku Penghulu Mukim Keriam, dan Ketua Kampung Keriam, Haji Morshidi bin Haji Mahadi.

Menurut pengerusi bersama majlis, Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, tujuan majlis diadakan adalah bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri walaupun ia baru saja berlalu di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim ahli-ahli MPK dan penduduk Kampung Keriam dalam menjalankan sebuah majlis yang penuh meriah.

Haji Idris bersama jemputan lain hadir pada Majlis Malam Ramah Mesra di Dewan Sekolah Rendah Keriam.
Haji Idris bersama jemputan lain hadir pada Majlis Malam Ramah Mesra di Dewan Sekolah Rendah Keriam.
Persembahan nyanyian turut memeriahkan sambutan berkenaan.
Persembahan nyanyian turut memeriahkan sambutan berkenaan.

Majlis ramah mesra yang diadakan itu juga merupakan acara tahunan di Kampung Keriam yang mana majlis ini merupakan kesempatan terbaik bagi memupuk semangat setia kawan dalam konsep persaudaraan, berkongsi pengalaman dan bantu membantu sesama penduduk Kampung.

Majlis pada malam itu turut menyaksikan penyampaian derma kepada seorang bakal jemaah haji di kampung berkenaan yang akan menunaikan haji pada tahun ini yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

Menyerikan lagi majlis berkenaan ialah persembahan nyanyian lagu ‘Indahnya PESAKA’ dan lagu Hari Raya. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh belia-belia PESAKA dan penduduk Kampung Keriam.

 

ARTIKEL YANG SAMA