‘Purchases with Google’ diperkenalkan

‘Purchases with Google’ diperkenalkan

SAN FRANCISCO, 16 Julai – Google berusaha untuk memudahkan orang ramai untuk membeli-belah menggunakan laman web mereka, melancarkan fungsi percubaan bagi membolehkan pengguna telefon pintar untuk membuat pembelian secara online daripada hasil carian.

Pengenalan “Purchases with Google’‘ datang tatkala Facebook, dan Pinterest juga mencuba untuk memudahkan orang ramai untuk membeli-belah menggunakan web mereka, yang mendapatkan keuntungan melalui transaksi dan pengiklanan.

“Walaupun kami masih dalam tempoh percubaan awal dengan jumlah penjual yang terhad, kami melihat ‘Pembelian melalui Google’ adalah satu langkah besar terhadap menolong para peniaga menarik lebih banyak pembeli mudah alih dan memenangi lebih banyak pelanggan,” kata Timbalan Presiden pengurusan pembelian produk Google Jonathan Alferness dalam pos blognya.

Peranti mudah alih, khususnya telefon pintar, telah semakin dirujuk sebelum atau semasa perjalanan membeli-belah di Amerika Syarikat (AS), mempengaruhi hampir trilion dolar di kedai jualan tahun lalu, menurut Alferness.

Apabila orang ramai mencari pautan yang berkaitan dengan pembelian menggunakan Google, keputusan mungkin merangkumi punat iklan ‘Purchases with Google’ yang boleh ditekan untuk beralih ke muka web di mana mereka boleh melakukan melalui butiran pembayaran yang disimpan di dalam akaun Google.

p19-2_20150717

“Pembelian melalui Google akan memudahkan pelanggan kami untuk mencari barangan pada Google kemudian dengan Staples,” Timbalan presiden eksekutif e-dagang global Faisal Masud berkata pada blognya.

“Ketika pengguna terus pesat menggunakan telefon bimbit sebagai peranti utama mereka, kami juga perlu di tahap yang sama dalam bagaimana kami mengurangkan geseran pembelian dan meningkatkan pengalaman pengguna dengan jenama kami,” menurut ketua pegawai perolehan digital ‘Under Armour’ Jason LaRose dalam blognya. – AFP