PureTech raih anugerah Enjin Tahunan Antarabangsa

PureTech raih anugerah Enjin Tahunan Antarabangsa

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – Dengan enjin PureTech, Peugeot menawarkan kenderaan enjin petrol dengan emisi terendah dalam kategori mereka dalam beberapa segmen.

Menurut kenyataan Peugeot, setiap emisi bermula pada 99 g/km CO2 bagi Peugeot 208, 102 g/km bagi 2008, 95 g/km bagi 308 dan 115 g/km bagi 3008.

Enjin tiga silinder PureTech dan enjin Diesel BlueHDi, bersama-sama dengan enjin petrol baru 1.6L THP serta kotak gear EAT6, adalah pantas dan dengan signifikannya mengurangkan emisi CO2 di seluruh julatnya. Peugeot kini mempunyai 24 kenderaan bagi paras emisi terbaik CO2 dalam kategori kuasa masing-masing (7 PureTech, 4 1.6L THP dan 13 BlueHDi).

Dilancarkan dengan Peugeot 208 pada 2012, dalam 1.0 L 68 hp dan 1.2 L 82 hp dengan versi aspirasi, PureTech tiga silinder dilanjutkan pada 2014 dengan 1.2 L 110 hp dan versi 130 hp pemampat turbo dengan teknologi Stop & Start, bermula dengan Peugeot 308.

MANTAP...Enjin PureTech tiga silinder memenangi anugerah yang dianjurkan oleh majalah British pada 17 Jun lepas bagi enjin kategori 1 hingga 1.4 liter.
MANTAP…Enjin PureTech tiga silinder memenangi anugerah yang dianjurkan oleh majalah British pada 17 Jun lepas bagi enjin kategori 1 hingga 1.4 liter.

Kenyataan itu menambah kata enjin baru ini mematuhi standard 6.1 yang akan mula berkuat kuasa pada September 2015. Penggunaannya dalam kenderaan Peugeot berterusan pada 2015 dengan 208, 308, 2008, 3008 dan 5008.

Enjin turbo PureTech tiga silinder baru 110 hp dan 130 hp yang memenangi anugerah enjin tahunan membawa langkah perubahan dalam penggunaan bagi pemanduan berprestij.

PureTech memaparkan semangat luar biasa, dengan kuasa enjin yang tetap sehingga 6500 rpm dan tahap bising rendah membolehkan anda untuk melupakan mengenai enjin.

Terima kasih kepada enjin PureTech, membolehkan Peugeot mempunyai tujuh “terbaik dalam kelas” kenderaan enjin petrol dalam kategori kuasanya dengan emisi CO2 di kalangan terendah di pasaran.

ARTIKEL YANG SAMA