Pusat Amal Cerah Sejahtera dirasmi

Pusat Amal Cerah Sejahtera dirasmi

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Sebagai langkah meningkatkan dan menambah baik perkhidmatan kepada pesakit warga emas yang dikenal pasti memerlukan perkhidmatan berbentuk penjagaan perubatan khusus, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Pusat Amal Cerah Sejahtera (PACS), yang terletak di Kampung Belimbing, Jalan Subok.

Perasmian pusat berkenaan telah diadakan hari ini, dan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

Terdahulu itu, majlis telah dibuka dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Konsultan Perubatan Geriatrik selaku timbalan pengerusi bersama, Doktor Muhammad Nurhassanuddin bin Abdullah Kelali.

Majlis diteruskan dengan tetamu kehormat merasmikan pusat berkenaan dan menandatangani plak perasmian serta menyampaikan cenderahati penghargaan kepada penaja-penaja sebelum beredar untuk meninjau lebih dekat segala kemudahan dan persekitaran bangunan pusat berkenaan.

Yang Berhormat Pehin memotong reben bagi melancarkan Pusat Amal Cerah Sejahtera.
Yang Berhormat Pehin memotong reben bagi melancarkan Pusat Amal Cerah Sejahtera.
Menteri Kesihatan menyampaikan sijil dan cenderahati kepada penaja-penaja.
Menteri Kesihatan menyampaikan sijil dan cenderahati kepada penaja-penaja.

pg08_150505_f

pg08_150505_c

Antara tujuan utama penubuhan pusat ini adalah untuk memberi perkhidmatan sokongan jagaan harian kepada pesakit-pesakit yang menepati kriteria dan keluarga mereka secara fizikal dan mental.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, fungsi pusat ini adalah untuk mengintegrasikan dan mengkoordinasi pelbagai bidang kepakaran dan disiplin secara berkesan khusus bagi penjagaan pesakit, terutama pesakit warga emas sama ada yang mempunyai pelbagai penyakit kronik, yang memerlukan penjagaan paliatif atau yang berkeperluan kompleks tetapi tidak memerlukan rawatan di dalam wad hospital.

Bangunan Pusat Amal Cerah Sejahtera, Kementerian Kesihatan, yang terletak di Kampung Belimbing, Jalan Subok.
Bangunan Pusat Amal Cerah Sejahtera, Kementerian Kesihatan, yang terletak di Kampung Belimbing, Jalan Subok.

pg08_150505_d

Perkhidmatan kepakaran yang disediakan secara berfasa di pusat ini adalah Klinik Integrasi seperti gabungan perubatan neurologi, perubatan geriatrik dan perubatan pemulihan, perkhidmatan geriatrik, neurologi, penjagaan paliatif, rehabilitasi, perkhidmatan kesihatan bersekutu, fisioterapi, terapi cara kerja, psikologi klinikal, perkhidmatan kebajikan perubatan dan terapi pertuturan.

Pusat ini mula digunakan 2 April lalu, sebelumnya merupakan Pusat Kesihatan Subok dan telah diubahsuai bagi memastikan tempat itu menjadi kemudahan yang lebih kondusif dan selamat untuk perkhidmatan yang khusus ini.

Ia mempunyai bangunan banglo dan bangunan dua tingkat serta kawasan luar yang telah dijadikan taman terapeutik.

ARTIKEL YANG SAMA