Pusat Dakwah Islamiah anjur ceramah mengenai Zakat

Pusat Dakwah Islamiah anjur ceramah mengenai Zakat

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Kumpulan Isteri-isteri Menteri-menteri Kabinet, Isteri-isteri Timbalan-timbalan Menteri, Isteri-isteri Setiausaha-setiausaha Tetap, Isteri-isteri Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu, kelmarin, telah hadir mendengar ceramah keagamaan mengenai Rukun Islam ketiga iaitu Zakat.

Majlis yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kampung Pulaie itu diadakan untuk memberikan peluang kepada semua ahli untuk meluaskan ilmu pengetahuan mengenai kewajipan dan kelebihan berzakat dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah.

Hadir sama ialah isteri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohammad selaku pengerusi kumpulan dan isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Zalina binti Haji Omar selaku Ketua Jawatankuasa Bahagian Keagamaan serta ahli-ahli kumpulan.

Ceramah telah disampaikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Manteri Bini Datin Paduka Hajah Aminah binti Haji Mohd Yassin.

Bagi memberkati majlis, Surah Al-Fatihah dan doa telah dibacakan dengan dipimpin oleh isteri Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Sarimah binti Haji Abu Bakar.

Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab yang dikendalikan oleh penceramah berserta dua orang pegawai dari Bahagian Zakat, Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu Dayang Jurainah binti Haji Abu Bakar dan Haji Khalid bin Haji Timbul.

ARTIKEL YANG SAMA