Pusat Ehsan adakan majlis korban

Pusat Ehsan adakan majlis korban

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Dalam sama-sama meraih ganjaran dan keberkatan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam tidak ketinggalan mengadakan ibadah korban bertempat di pusat berkenaan di Kampung Bengkurong, hari ini.

Seramai 170 orang penuntut dari Pusat Ehsan cawangan Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait menerima agihan daging korban dalam majlis tersebut.

Ibadah korban yang telah diadakan sejak seawal jam 6 pagi itu telah disertai seramai 28 orang dan telah diusahakan hasil kerjasama bergotong-royong para kakitangan Pusat Ehsan dan sukarelawan.

Antara yang hadir di majlis tersebut.
Antara yang hadir di majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA