Pusat Ehsan anjur Boling Keluarga

Pusat Ehsan anjur Boling Keluarga

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Bagi mengeratkan lagi hubungan Silaturahim, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam telah mengadakan aktiviti Boling Keluarga bagi para pelajar kelas Pra Vokasional pusat tersebut di Pusat Boling Megastrike, The Airport Mall, hari ini.

Ketibaan para pelajar, ibu bapa dan kakitangan Pusat Ehsan ke Pusat Boling berkenaan telah dialu-alukan oleh kumpulan Megastrike.

Menerusi aktiviti ini, ia diharapkan dapat merapatkan silaturahim kalangan pelajar, ibu bapa dan kakitangan pusat dan sebagai salah satu program kesedaran kemasyarakatan dalam menggalakkan ibu bapa untuk memberi sokongan terhadap aktiviti yang dilaksanakan oleh pusat tersebut.

Dalam pada itu, Pusat Ehsan akan terus memberi pendedahan kepada pelajar berkeperluan khas dalam pelbagai pengalaman pembelajaran yang boleh membantu mereka meneroka dan memberi respons kepada masyarakat tempatan.

Para pelajar kelas Pra Vokasional Pusat Ehsan bersama ahli keluarga dan kakitangan pusat bergambar ramai di Pusat Boling Megastrike.
Para pelajar kelas Pra Vokasional Pusat Ehsan bersama ahli keluarga dan kakitangan pusat bergambar ramai di Pusat Boling Megastrike.

ARTIKEL YANG SAMA