Pusat Ehsan a...

Pusat Ehsan anjur golf amal

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam bekerjasama dengan Kelab Golf Penerbangan Diraja Brunei (RBAGC), City Neon dan Brunei Press Sdn Bhd selaku rakan media akan menganjurkan Kejohanan Golf Amal selama tiga hari, diumumkan pagi tadi oleh Pengerusi Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan 2017, Awang Seruji bin Haji Setia.

Kejohanan Amal tersebut akan dijadualkan berlangsung pada 7, 8 dan 9 April ini di Kelab Golf RBAGC, Bandar Seri Begawan. Pada hari pertama, kejohanan bermula jam 6:45 pagi dan 2 petang, diikuti hari kedua pada 8 April bermula jam 7 pagi dan 1 petang dan hari terakhir kejohanan bermula pada jam 7 pagi.

Menurut Awang Seruji di sidang media yang berlangsung di RBAGC, orang ramai dialu-alukan untuk menyertai kejohanan ini dan dalam kejohanan itu juga, para peserta berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah dengan mencapai mata terbaik keseluruhan, hadiah cabaran ‘Putt Stop’, hadiah pin terdekat, ‘hole-in-one’ dan hadiah ‘Bull’s eye’ di lubang 2 , 5, 12, 14 dan 16.

Yuran Kejohanan yang diterima akan digunakan untuk membantu kanak-kanak dan belia berkeperluan khas di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan penggunaan pembayaran bulanan pusat tersebut serta rancangan pembangunan.

Awang Seruji (dua kanan) ketika menerangkan kepada media mengenai Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan 2017 yang bakal diadakan nanti.
Awang Seruji (dua kanan) ketika menerangkan kepada media mengenai Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan 2017 yang bakal diadakan nanti.

“Dengan adanya kejohanan ini, ia dapat membolehkan ahli dan bukan ahli menikmati aktiviti menyeronokkan, sambil mengutip kewangan bagi keperluan pusat berkenaan.”

Untuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi di talian 2650423 atau RBAGC di talian 2343724.

Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam adalah organisasi bukan kerajaan dan bukan berdasarkan keuntungan, berdedikasi bagi menyalurkan pendidikan berkualiti, latihan dan pemulihan.

Pusat tersebut mempunyai lebih 150 pelajar berdaftar di Bengkurong dan 53 pelajar di Kuala Belait. Pusat Ehsan mengharapkan sumbangan dana dari acara amal untuk menjalankan program di pusat berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA