Pusat Ehsan s...

Pusat Ehsan sertai pelbagai aktiviti

Oleh Pg Fairol RMF & Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Dis – Pelajar-pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), Kampung Beng-kurong, hari ini, dihiburkan dengan pelbagai aktiviti di bawah Program #lifeofhopebn yang dikelolakan oleh ahli-ahli YSEALI dan para sukarelawan.

Aktiviti didahului dengan pelancaran program aktiviti berkenaan oleh Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin.

Program aktiviti berkenaan merupakan sebahagian daripada Sambutan YSEALI YOUnified yang diadakan di negara-negara ASEAN.

Pegawai Perhubungan Awam Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Brunei Darussalam, Catherine Muller dalam ucapan alu-aluannya sebelum pelancaran program berkata, sambutan YSEALI YOUnified ini mempelawa orang ramai terlibat dalam kerja-kerja awam dan menunjukkan kuasa belia untuk membangun penyelesaian isu tempatan, negara dan rantau. Terdahulu, beliau berkata, Young Southeast Asian Leaders (YSEALI) dilancarkan pada tahun 2013 sebagai program kerajaan AS bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dengan pemimpin-pemimpin di Asia Tenggara bagi memperluaskan kemahiran dan bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu cabaran bersama.

“Lebih 98,000 pemimpin muda adalah sebahagian daripada rangkaian YSEALI, di Brunei seramai 1,050 berdaftar sebagai ahli YSEALI dan 70 dalam program alumni YSEALI.

Catherine Muller menyampaikan sumbangan buku bacaan kepada Pengiran Datin Hajah Noraini selepas pelancaran program aktiviti YSEALI #lifeofhopebn di Pusat Ehsan, Kampung Bengkurong.
Catherine Muller menyampaikan sumbangan buku bacaan kepada Pengiran Datin Hajah Noraini selepas pelancaran program aktiviti YSEALI #lifeofhopebn di Pusat Ehsan, Kampung Bengkurong.
Pelbagai aktiviti yang disertai oleh warga Pusat Ehsan anjuran YSEALI YOUnified.
Pelbagai aktiviti yang disertai oleh warga Pusat Ehsan anjuran YSEALI YOUnified.
Antara ibu bapa dan pelajar Pusat Ehsan yang hadir pada program kelolaan YSEALI YOUnified di Pusat Ehsan.
Antara ibu bapa dan pelajar Pusat Ehsan yang hadir pada program kelolaan YSEALI YOUnified di Pusat Ehsan.
Berpeluang menaiki kereta api menuju ke Taman Air Jerudong Park.
Berpeluang menaiki kereta api menuju ke Taman Air Jerudong Park.
Pelajar-pelajar Pusat Ehsan bersama ibu bapa dan penjaga mereka menyambut Hari Keluarga di Taman Permainan Jerudong Park.
Pelajar-pelajar Pusat Ehsan bersama ibu bapa dan penjaga mereka menyambut Hari Keluarga di Taman Permainan Jerudong Park.

“Pada tahun ini sahaja, kami telah menghantar 30 belia Brunei bagi pelbagai pertukaran dan bengkel di bawah YSEALI yang direka untuk mengeratkan komuniti dan menyelesaikan masalah,” ujar beliau.

Pada program di Pusat Ehsan itu, pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan mari bercerita, kreatif seni dan lukisan serta aktiviti menyeronokkan termasuk permainan Lego.

Sementara itu pada sebelah petangnya, lebih 500 pelajar Pusat Ehsan bersama ibu bapa dan penjaga mereka turut mengadakan Hari Keluarga dengan beriadah di Taman Air, Taman Permainan Jerudong Park.

Aktiviti berkenaan bertujuan untuk memahami tingkah laku kanak-kanak autisme, berkongsi kolaborasi bersama ibu bapa dan penjaga serta berkongsi cara lain atau perkhidmatan dalam mengendalikan kanak-kanak dengan autisme.

Aktiviti tahunan kali ketiga ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar Pusat Ehsan untuk berhibur, mengisi masa lapangan dan merapatkan hubungan kekeluargaan bersama ahli keluarga, rakan dan guru-guru di samping menyesuaikan diri dengan orang ramai dan persekitaran.

Dalam acara itu, para pelajar dan keluarga mereka turut melakukan aktiviti bersama-sama seperti mandi-manda di Taman Air Jerudong Park dan menyertai beberapa permainan yang terdapat di taman itu.

ARTIKEL YANG SAMA