Pusat Ehsan terima kunjungan

Pusat Ehsan terima kunjungan

OIeh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 27 Mei – Pusat Ehsan cawangan Belait terus menerima kunjungan daripada pelbagai pertubuhan persatuan, sekolah, syarikat-syarikat swasta dan sebagainya, dan hari ini, pusat tersebut telah menerima kunjungan daripada Persatuan Foo Chow dan Sekolah St. John, di sini.

Dalam lawatan tersebut, rombongan Persatuan Foo Chow yang diketuai Foo Kian Ming dan disertai 10 orang ahli bahagian belia, turut menyampaikan sumbangan cenderahati kepada pelajar-pelajar pusat tersebut.

Manakala itu, rombongan Sekolah St. John bahagian Kelab Kemasyarakatan telah diketuai oleh Sharmila Abdullah, Annie Lee Mei Juen dan Shirin Chan disertai seramai 10 orang pelajar sekolah berkenaan.

Pelajar-pelajar pusat tersebut telah diceriakan dengan beberapa persembahan oleh pelajar-pelajar Sekolah St. John, antaranya persembahan Arirang dan nyanyian bertajuk Kedamaian dan Harmoni oleh Aziz Harun.

Pelajar-pelajar istimewa Pusat Ehsan cawangan Belait bergembira bersama para pelajar Sekolah St. John Kuala Belait.
Pelajar-pelajar istimewa Pusat Ehsan cawangan Belait bergembira bersama para pelajar Sekolah St. John Kuala Belait.

Lawatan kedua-dua rombongan itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan semangat pemedulian terhadap masyarakat istimewa di negara ini, selain menyemaikan sikap sentiasa tolong-menolong dan memberikan pembangunan positif dalam kalangan pelajar sekolah serta memberikan kesedaran kepada ibu bapa, sekolah dan masyarakat tentang peranan bermasyarakat.

Salah seorang pelajar Sekolah St. John memberitahu, melalui pengalaman memeduli masyarakat yang memerlukan itu, ia mampu menjadikan mereka sebagai belia dan juga pelajar yang penuh rasa tanggungjawab dan inovatif.

Pusat Ehsan yang telah beroperasi di sini sejak kira-kira tujuh tahun lalu, sehingga kini mempunyai lebih 50 orang pelajar istimewa.

ARTIKEL YANG SAMA