Pusat Ehsan terima sumbangan $3,600

Pusat Ehsan terima sumbangan $3,600

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam telah menerima sumbangan wang tunai berjumlah $3,600 daripada Restoran Tandoor.com dalam majlis berbuka puasa yang berlangsung di restoran berkenaan, hari ini.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab ialah Pengurus Tandoor.com, Nizam Azeez.

Semasa ditemui, Nizam Azeez menjelaskan, sumbangan berkenaan merupakan hasil jualan Kempen Amal Pusat Ehsan yang telah diadakan pada 24 dan 25 Jun yang lalu.

Majlis berbuka puasa yang telah dihadiri oleh 25 orang guru dan kakitangan di Pusat Ehsan itu bertujuan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak istimewa di Pusat Ehsan bagi persediaan menyambut bulan Syawal yang bakal menjelang tiba.

Dato Paduka Haji Mohd Alimin menerima sumbangan daripada Nizam Azeez.
Dato Paduka Haji Mohd Alimin menerima sumbangan daripada Nizam Azeez.

ARTIKEL YANG SAMA