Pusat Ehsan terima sumbangan

Pusat Ehsan terima sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam Bengkurong hari ini menerima sumbangan derma 30 beg dan peralatan tulis daripada Syarikat National Insuran Co Bhd.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan National Insuran Co Bhd, Kolja Klawun. Pusat Ehsan merupakan sebuah badan kebajikan bukan kerajaan dan tidak berasaskan keuntungan, menyediakan pembelajaran khas, latihan, pemedulian dan perkhidmatan pemulihan anggota badan kepada insan-insan istimewa (kurang upaya atau berkeperluan khas) di Negara Brunei Darussalam.

Ketika ini seramai 150 penuntut istimewa berdaftar di pusat tersebut dan 50 orang lagi di cawangan pusat berkenaan di Kuala Belait.

Pusat ini juga sentiasa mengalu-alukan syarikat-syarikat persendirian dan orang ramai yang ingin menyumbangkan sebarang derma ke pusat tersebut.

pg02_150507_a

ARTIKEL YANG SAMA