Pusat Ehsan terima sumbangan

Pusat Ehsan terima sumbangan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, hari ini telah menerima sumbangan sebanyak $2,000 daripada PAR Corporation Sendirian Berhad, yang majlis penyerahannya diadakan di pusat berkenaan.

Sumbangan yang disampaikan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun’im telah diserahkan kepada Pemegang Amanah Dasar dan Perancangan pusat berkenaan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif PAR Corporation Sdn Bhd, Pong She Woei.

Melalui sumbangan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu pusat berkenaan untuk menggunakannya dalam perbelanjaan harian dan menyediakan perkhidmatan buat para pelajar berkeperluan khas di pusat itu.

Haji Ahmad ketika menerima sumbangan cek daripada Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun’im (2 kanan).
Haji Ahmad ketika menerima sumbangan cek daripada Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun’im (2 kanan).

Pusat Ehsan merupakan salah sebuah badan amal bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan, dalam menyediakan pembelajaran khas latihan, pemedulian dan perkhidmatan pemulihan anggota badan kepada insan-insan istimewa (kurang upaya atau berkeperluan khas) di negara ini.

Pada masa ini, seramai 150 pelajar istimewa yang berdaftar di pusat cawangan Bengkurong dan 53 lagi di cawangan Kuala Belait.

Pusat Ehsan sentiasa mengalu-alukan sama ada syarikat-syarikat persendirian atau orang ramai yang ingin menyumbangkan sebarang derma kepada pusat itu.

ARTIKEL YANG SAMA