Pusat Ehsan terima sumbangan

Pusat Ehsan terima sumbangan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajah Maryam hari ini menerima derma dari jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

Derma tersebut adalah hasil kutipan acara The Silver Run sempena Hari Guru ke-25 tahun anjuran jabatan itu dan disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Roslin bin Suhailee dan diterima oleh Pemegang Amanah Pendidikan Pusat Ehsan, Dato Paduka Dr. Haji Omar bin Khalid.

Turut hadir ialah Pegawai Kanan Pelajaran/Ketua Unit Pentadbiran, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Mohd Sofri bin Haji Mohd Said dan pegawai-pegawai jabatan tersebut.

Dato Paduka Dr. Haji Omar (kiri) menerima sumbangan daripada Awang Roslin.
Dato Paduka Dr. Haji Omar (kiri) menerima sumbangan daripada Awang Roslin.

Hadir sama pada majlis penyampaian tersebut ialah Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajah Maryam, Pengiran Datin Hajah Noraini binti PDNLDR Pengiran Haji Abdul Momin.

Derma itu merupakan 10 peratus daripada kutipan keseluruhan berjumlah $1,058.50 yang diharap dapat membantu pembelajaran pelajar-pelajar berkeperluan khas di Pusat Ehsan itu.

ARTIKEL YANG SAMA