Pusat Ehsan terima sumbangan

Pusat Ehsan terima sumbangan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, hari ini, menerima sumbangan daripada beberapa buah organisasi persendirian pada majlis penyampaian hadiah Perlawanan Golf Amal Pusat Ehsan ke-14 Tahun 2016 yang berlangsung di Kelab Golf Diraja Brunei, Berakas.

Hadir menerima replika cek bagi pihak Pusat Ehsan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Antara perwakilan yang menyampaikan replika cek adalah dari GHK Group Companies, IBA Petrol Station and Trading, NBT (Brunei) Sdn Bhd dan Kelab Golf Diraja Brunei.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menerima sumbangan derma daripada perwakilan GHK Group Companies.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menerima sumbangan derma daripada perwakilan GHK Group Companies.

Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian sijil kepada rakan kerjasama kejohanan yang terdiri daripada CityNeon, Kelab Golf Diraja Brunei dan Brunei Press Sdn Bhd yang diterima oleh perwakilan masing-masing.