Pusat Ehsan terima sumbangan Kedutaan Besar Qatar

Pusat Ehsan terima sumbangan Kedutaan Besar Qatar

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 18 Nov – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) cawangan Daerah Belait, hari ini, telah menerima sumbangan berbentuk keperluan pembelajaran dan latihan pelajar-pelajar di pusat berkenaan daripada Kedutaan Besar Qatar di Negara Brunei Darussalam.

Sumbangan yang disenaraikan sendiri oleh Pusat Ehsan, sebagai memenuhi keperluan pembelajaran pelajar-pelajarnya, itu telah disampaikan oleh wakil daripada kedutaan tersebut.

Pengurus Pusat Ehsan cawangan Daerah Belait, Dayang Hamimah binti Haji Sapar memberitahu, sumbangan berkenaan juga bagi keperluan Program Kemahiran Hidup yang akan mula diajarkan kepada pelajar di pusat tersebut awal tahun depan.

Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam cawangan Daerah Belait menerima sumbangan daripada Kedutaan Besar Qatar di Negara Brunei Darussalam.
Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam cawangan Daerah Belait menerima sumbangan daripada Kedutaan Besar Qatar di Negara Brunei Darussalam.

Selain itu, sumbangan turut merangkumi keperluan bagi pembelajaran kemahiran memasak yang sudah berjalan pada masa ini, serta keperluan lainnya di pusat tersebut, termasuk bantuan menambahkan keperluan di tandas bagi pelajar kanak-kanak di pusat itu beberapa minggu lalu.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Sebelum ini Kedutaan Besar Qatar juga telah memberikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada penghuni Pusat Ehsan cawangan Bengkurong selain kepada Unit Kanser Kanak-Kanak di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

ARTIKEL YANG SAMA