Pusat Gerakan 995 rebut peluang rai Aidilfitri bersama

Pusat Gerakan 995 rebut peluang rai Aidilfitri bersama

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri masih dirasakan dengan acara rumah terbuka dan pejabat terbuka tetap rancak diadakan meskipun hari ini merupakan hari terakhir bulan Syawal bagi tahun ini.

Pusat Gerakan 995 juga tidak terkecuali mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari terakhir ini untuk tetamu mereka sebagai penghargaan dan seterusnya mengambil peluang beramah mesra di majlis itu.

Antara yang menghadiri majlis itu ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman dan Timbalan Pengarahnya, Lim Hock Guan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama tetamu lain serta anggota pusat berkenaan memeriahkan pejabat terbuka pada hari terakhir Syawal.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama tetamu lain serta anggota pusat berkenaan memeriahkan pejabat terbuka pada hari terakhir Syawal.

Turut hadir ialah Ketua Pencegahan Kebakaran, Awang Taib bin Haji Abdul Kahar selaku Pemangku Penolong Pengarah Teknikal.

Pada majlis itu, tetamu yang hadir dijamu dengan pelbagai hidangan seperti rendang, sate dan pelbagai jenis kek dan biskut.

ARTIKEL YANG SAMA