Pusat KACA terima sumbangan NICB

Pusat KACA terima sumbangan NICB

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya, National Insurance Company Berhad (NICB), baru-baru ini, menyampaikan sumbangan berupa peralatan pejabat kepada Pusat KACA, Kiulap.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NICB, di sini, hari ini, sumbangan yang disampaikan kepada Pusat Kanak-Kanak Cacat (KACA) itu berupa peralatan pejabat termasuk rak buku, fail dan kertas bersaiz A4.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Kanan NICB, Denis Buyok kepada Pengarah Urusan Pusat KACA, Haji Abdul Alim bin Haji Othman.

Menurut kenyataan itu lagi, semasa lawatan ke Pusat KACA, Haji Abdul Alim telah memberikan penerangan kepada kumpulan NICB mengenai sejarah KACA serta kerja-kerja yang dilaksanakan oleh KACA dalam membantu kanak-kanak istimewa bagi meningkatkan kesejahteraan kehidupan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA