Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pusat KACA terima sumbangan

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 1 NOV – Dalam berkongsi rezeki bersama insan-insan istimewa, Magic Paws Veterinary Care dan NGO Sejahtera Community telah menghulurkan sumbangan $1,000 kepada Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) bagi cawangan Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Penyampaian sumbangan yang berlangsung di Pusat KACA cawangan Daerah Tutong itu telah disempurnakan oleh Pengiran Noraini binti Pengiran Ahmad bagi mewakili Magic Paws Veterinary Care dan NGO Sejahtera Community kepada tenaga pengajar pusat tersebut, Dayang Norjanah binti Haji Mohd Jaya.

    Acara yang turut dihadiri oleh lebih 50 orang pelajar bersama ibu bapa atau penjaga itu telah dimeriahkan dengan pelbagai permainan dan aktiviti-aktiviti menarik, di samping majlis makan tengah hari bersama yang disajikan oleh kedua-kedua pihak penyumbang.

    Pengiran Noraini dan Dayang Norjanah bergambar ramai bersama para pelajar.- Gambar oleh Persatuan KACA Cawangan Daerah Tutong

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...